Hoki: Perak juara Piala Tun Abdul Razak, tewaskan Terengganu 5-3

0
69

Skuad hoki Perak mempertahankan Piala Tun Abdul Razak selepas menundukkan Terengganu dalam perlawanan akhir yang berlanjutan sehingga ke penentuan pukulan penalti selepas terikat 2-2 dalam tempoh sebenar permainan di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Terengganu meledak menerusi Ameer Aiman Mohd Saberi seawal minit keempat.

Perak kemudian menyamakan kedudukan menerusi Shazrul Irwan Nazli pada minit ke-15.

Terengganu, yang membawa reputasi sebagai gergasi Pantai Timur, kemudian kembali di depan menerusi jaringan Syamiru Aiman Bidin pada minit ke-22.

Namun, Azrai Aizad Abu Kamal kembali mengikat kedudukan buat Perak pada minit ke-47 untuk mengheret perlawanan ke penentuan pukulan penalti.

Bekas penjaga gol kebangsaan, Roslan Jamaluddin, menggunakan pengalaman hampir dua dekadnya mewakili skuad kebangsaan untuk menghalang tiga gerakan pemain Terengganu, sekali gus memutlakkan kemenangan Perak menerusi keputusan 3-1.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here