Hina Nabi: Ayea Yea dijatuhi hukuman penjara 10 tahun

2568

KUALA LUMPUR – Pemilik akaun Facebook ‘Ayea Yea’ dijatuhi hukuman 10 tahun dan 10 bulan penjara selepas mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau.

Hukuman ke atasnya diperintah dilaksanakan secara berasingan.

Ayea Yea didakwa di Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM).

Manakala pemilik akaun Twitter@Alvibchow333 pula mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Beliau juga didakwa di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, 505(C) dan Seksyen 233 AKMM.

Tertuduh tidak ditawarkan jaminan dan kes disebut semula pada 5 April ini.

Dua tertuduh itu merupakan empat pemilik akaun media sosial yang didakwa di mahkamah kerana menghina agama Islam dan Nabi Muhammad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut beberapa peruntukan iaitu di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Selain itu, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kenyatan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.

Sekyen 233 AKMM1988, penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Seorang lagi, Danny A’antonio Jr. juga telah didakwa di bawah Seksyen 298A dan Seksyen AKMM dan tertuduh tidak mengaku bersalah.

Dia tidak ditawarkan jaminan dan sebutan kes ditetapkan pada 5 April ini.

Yazid Kong pula mengaku bersalah apabila didakwa di bawah pertuduhan yang sama dan hukuman ke atasnya akan ditentukan pada 11 Mac ini. – MalaysiaGazette

5 COMMENTS

  1. SEMOGA TAK ADA LAGI LAPORAN POLIS SELEPAS INI

    Kawan-kawan non-Muslim semua,

    Sebenarnya Aisyah (RA) bukan berumur 6 tahun ketika dia berkahwin dengan Nabi Muhammad (SAW), tetapi 16 tahun. Dan sebenarnya dia bukan berumur 9 tahun ketika mula tinggal bersama Nabi Muhammad sebagai suami-isteri, tetapi 19 tahun.

    Saya akui Muslim seluruh dunia memang susah nak betulkan angka-angka itu kerana ia sudah ada dalam kitab-kitab utama kami selama lebih 1000 tahun. Tapi ia satu kesilapan dan saya akan beri satu bukti paling simple (sebenarnya ada lebih daripada 20 bukti lain lagi).

    #Maafkan saya, Dato Mufti WP. Huraian tuan dalam Irsyad Al-Hadith Siri 127/2016 saya mohon jadikan sample di sini.

    Seperti kebanyakan orang Islam lain, Mufti WP juga memilih 6 tahun dan 9 tahun. Tetapi awal-awal lagi beliau mengakui bahawa Aisyah sudah berusia 4 tahun ketika Nabi Muhammad mula menerima wahyu dari Tuhan.

    Pengakuan beliau itu jelas menyanggah bukti yang beliau bawa selepas itu yang menyatakan Aisyah berkahwin dengan Nabi Muhammad paling awal pun ialah 3 tahun sebelum hijrah.

    #Nota untuk kawan-kawan non-Muslim: Nabi Muhammad berdakwah di Mekah selama 13 tahun, kemudian Baginda berhijrah ke Madinah. Jadi, 3 tahun sebelum hijrah itu bersamaan dengan tahun ke-11 kenabian Baginda.

    Sekarang cuba kita kira. Kalau Aisyah sudah berumur 4 tahun pada tahun pertama kenabian Nabi Muhammad, berapakah umurnya pada tahun ke-11 kenabian Baginda? Tentulah 14 tahun. Bukan 6 tahun.

    #Nota: Kita tak dapat jawapan 16 tahun kerana tahun mereka berkahwin itu bukan muktamad. Ada ahli sejarah yang kata bukan 3 tahun sebelum hijrah tapi 2 tahun. Ada pula yang kata 10 bulan sebelum hijrah – sila rujuk Irsyad Al-Hadith Dato Mufti. Juga, umur Aisyah ketika memeluk Islam pun tidak muktamad. Ada yang kata 5, 6 atau 7 tahun.

    Kalau Dato Mufti kata Aisyah dilahirkan lebih lewat, contohnya pada tahun ke-6 kenabian, silalah anggap tulisan saya ini karut dan batal.

    Tapi saya 100% yakin tak ada seorang pun orang Islam akan sanggup tukar tahun kelahiran Aisyah. Tahu kenapa?

    Kerana semua orang Islam tahu Aisyah adalah anak Abu Bakar, sahabat karib Nabi Muhammad. Abu Bakar adalah lelaki dewasa pertama yang memeluk Islam, jadi memang logiklah anak-isterinya juga ikut serta. Jika anda baca buku-buku sejarah Islam, sememangnya anda akan jumpa info bahawa Aisyah termasuk dalam 20 orang yang paling awal memeluk Islam.

    Harap tiada lagi penghinaan selepas ini. Mari hormat-menghormati. Mari jimatkan kos negara. Jika perlukan info lanjut, akaun fb saya ialah Atok Sa. Mungkin saya boleh bantu memudahkan fahaman. Sekian.

    Sabtu 9 Mac 2019.

  2. Penjelasan begini wajar disebarkan bukan saja kepada rakan rakan non muslim tetapi kepada orang muslim juga kerana ramai muslim juga masih kurang faham.

  3. Penjelasan sebegini sangat bagus. Supaya apa-apa kenyataan mengenai hal-hal agama Islam tidak lagi disalaherti dan keliru.

    Terima kasih Atok Sa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here