Portal berita terbaik anda

Utama

Hina Agong: Laporan polis dibuat terhadap ‘Desmond Yongkor’

KUANTAN – Kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan jabatan kerajaan termasuk Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hari ini membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook menggunakan nama Desmond Yongkor kerana menghina Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Laporan polis tersebut dibuat kira-kira pukul 3 petang di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini dan di daerah-daerah lain di seluruh negeri ini.

Antara yang membuat laporan ialah Badan Kebajikan Kerabat-kerabat Negeri Pahang, Ikatan Pelajar Islam Pahang, Pertubuhan Akademi Pendidikan Indera Mahkota, Gerakan Anak Melayu Pahang, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) Pahang, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pahang dan UMNO Bahagian Kuantan.

Jurucakap mereka, Mohd. Sharil Abdullah berkata, kenyataan dan gambar yang dimuat naik pemilik akaun Facebook itu semalam adalah biadab yang sekali gus mengundang kemarahan seluruh rakyat di negara ini.

“Pihak berkuasa diminta menyiasat dan mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap individu berkenaan kerana tindakan seperti ini tidak boleh dimaafkan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis tersebut. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply