Portal berita terbaik anda

Utama

Hilang 4 jari gara-gara mercun bola

ANGGOTA tentera hilang empat jari kanan akibat letupan mercun bola di Kampung Muhibbah di Paloh dekat Kluang pada 16 Mei lalu.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 40 tahun itu terkena letupan di bahagian pergelangan tangan dipercayai ketika sedang bermain mercun pada jam 10 malam.

Katanya, mangsa kehilangan jari telunjuk, jari hantu, jari manis serta jari kelingking dan dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Batu Pahat.

“Mangsa terlebih dulu dirujuk ke Klinik Kesihatan untuk rawatan awal sebelum dihantar ke HSNI bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, pihaknya mengesahkan kejadian itu.

Katanya, siasatan dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian dengan menemui mangsa di HSNI dan keluarganya di Paloh.

Lelaki jual mercun, bunga api ditahan polis

Sementara itu, seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api menerusi jualan but kereta di Petronas Kampung Bukit Sekechong, Pendang hari ini.

Suspek berusia 30 tahun yang berasal dari Mukim Rambai sebelum itu dikatakan mempromosi jualan bunga api dan mercun di Facebook sejak kelmarin.

Tindakan mempromosi di laman sosial mengundang padah apabila kegiatan itu dikesan polis.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah, berkata suspek ditahan jam 5.30 petang tadi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemukan pelbagai jenis bunga api dan mercun dalam kenderaan itu.

“Antara mercun dan bunga api yang dirampas termasuklah tujuh kotak Bunga api Happy Boom Sunset, bunga api 7 Happy Boom (lapan), mercun Pop-Pop (satu) dan bunga api Candela China (satu peket).

“Tangkapan terhadap suspek yang juga peniaga itu dilakukan berikutan maklumat diperoleh dari Facebook miliknya yang mana dia menjual bunga api dan mercun secara dalam talian,” katanya di sini hari ini.

Arriz Sham berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Loading...

3 Comments

  1. zainab abdul manap

    Ha.. ini la yg cik nab tak gemar nk dgr bila dh nk dekat raya2 ni.
    Putus jari la , putus kaki la.
    Putus tengkuk pon ada.

    Kamu tu dah x reti nk main mercun tu , toksah la main. Dah x pasal2 cedera parah.

    Kamu tu elok je la pegi main lompat katak ke , main lari dalam guni ke , main jentik getah pemadam ke .
    Boleh la.

    ishh.. budak2 ni.
    Menda nk jd.
    Degil sgt

  2. test

    aaaaaaaaa

  3. popop

    jumpa balik tak jari yang hilang tu?

Leave a Reply