Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Miliki wajah ayu, anggota pengaman PBB berhijab ini buat ramai jejaka cair

SEORANG anggota pengaman Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) viral sekelip mata kerana memiliki raut wajah yang cantik dan ayu persis seorang pelakon filem.

Gadis yang dikenali sebagai Hikma Nursya dan berasal dari Yogjakarta, Indonesia itu kini bertugas di Bangui, Republik Afrika Tengah.

Hikma, 25 tahun, mula dikenali di media sosial selepas dia sering berkongsi foto ketika bertugas di Instagramnya yang sehingga kini mempunyai lebih 68,000 orang pengikut.

Walaupun berwajah cantik dan ayu, Hikma tidak sesekali gentar atau takut, malah gadis itu juga mahir menggunakan senjata seperti anggota pengaman yang lain.

Berikutan itu, netizen terutamanya dari Indonesia menyatakan rasa kagum terhadap Hikma yang berani dan suka membantu orang yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan warna kulit.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén