Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Hidup sebatang kara, nenek masuk Islam pada usia 85 tahun

Seorang warga emas yang hidup sebatang kara membuat keputusan untuk memeluk Islam pada usia 85 tahun.

Warga emas bernama Mariam itu mengucap dua kalimah syahadah pada penghujung tahun lalu di hadapan seorang imam masjid setelah beberapa ketika belajar mengenai agama tersebut.

Menerusi perkongsian di Twitter Muslim Daily, Mariam dikatakan datang seorang diri ke masjid untuk bertanya sama ada beliau layak atau tidak bergelar seorang Muslim.

Ini kerana, beliau tidak mempunyai saudara-mara di dunia ini dan menjadi anak yatim ketika usianya masih kecil.

Imam masjid nyata sebak mendengar kisah yang dilalui Mariam lalu mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.

Selepas beberapa bulan memeluk Islam, Mariam bukan sahaja sudah mula menghafal surah-surah al-Quran, malah beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mempelajari ilmu agama.

Sementara itu, satu laman Instagram dengan nama Mariam Revert telah diwujudkan sebagai platform untuk berkongsi kehidupan Mariam sebagai seorang Muslim.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén