Heliza Helmi teringin mati syahid

PENYANYI terkenal, Heliza Helmi mendedahkan dalam melaksanakan misi bantuan kemanusiaan, dia tidak terlepas daripada berhadapan dengan cabaran.

Kata Heliza, setiap kali menyertai misi kemanusiaan, dia sentiasa mengingatkan dirinya bahawa kemungkinan untuk kembali ke tanah air dalam keadaan bernyawa sangat tipis.

“Setiap kali pergi misi bantuan kemanusiaan, pasti Allah akan bagi pengalaman yang di mana kami berhadapan dengan nyawa di hujung tanduk.

“Tiket pergi ada, tiket kembali mungkin tidak ada. Terdapat satu pengalaman, kami diberitahu yang kawasan ini tidak selamat tetapi kami kami tiada pilihan. Kami hanya berselawat ketika ingin keluar.

“Selepas beberapa minit, tempat yang kami lalui itu meletup (akibat dibom),” katanya seperti yang dikongsinya dalam program bual bicara terbitan sebuah stesen televisyen tempatan.

Tambah Heliza, dia juga pernah berhadapan dengan situasi selaras senapang berada di bawah dagunya.

“Setiap kali berada di sana, saya mengimpikan mati syahid malah saya pernah berhadapan dengan selaras senapang yang berada di bawah dagu.

“Saya berdoa ya Allah ambillah nyawaku. Wahai jiwa-jiwa yang tenang, pergilah mengadap Tuhanmu dalam keadaan kau reda dan diredai,” katanya lagi.

Heliza merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat secara aktif membantu mangsa perang di Syria menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *