Portal berita terbaik anda

Utama

Hasutan PH punca peminjam PTPTN ingkar bayar pinjaman

KUALA LUMPUR – Prestasi pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak begitu baik sejak 10 tahun lalu didakwa berpunca daripada hasutan Pakatan Harapan (PH) yang sekian lama menggalakkan peminjam untuk berlaku ingkar.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PH sering berjanji dan melaung janji manis pilihan raya bahawa semua hutang PTPTN akan dimansuhkan jika mereka menang dalam Pilihan Raya Umum.

Katanya, keadaan yang sama berlaku dengan saman sistem penguatkuasaan automatik (AES) di mana PH dengan janji-janji manis mereka juga telah menggalakkan orang ramai untuk tidak membayar.

“Dalam isu PTPTN, bukan sahaja kaum Melayu tidak membayar, tetapi ramai juga peminjam dari kalangan kaum-kaum lain yang menerima pinjaman PTPTN kerana termakan hasutan PH.

“Hakikatnya, PH yang merosakkan PTPTN dan mereka tidak patut menggunakan isu ini sebagai alasan untuk menyalahkan satu kaum sahaja. Maka, PH perlu bertanggungjawab terhadap tindakan ramai yang tak mahu membayar pinjaman PTPTN,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook beliau, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply