Portal berita terbaik anda

Sukan

Harrif Salleh muncul juara peringkat ke-5 LTdL

IPOH – Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh memenangi Peringkat 5 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh, sebentar tadi.

Harrif menamatkan perlumbaan sejauh 165.8 kilometer (km) itu menerusi pecutan penamat beramai-ramai dengan masa 3 jam 39 minit 42 saat.

Tempat kedua menjadi milik pelumba NTT Cycling Team, Max Walscheid manakala Matteo Pelucchi (Bardiani CSF Faizane) melengkapkan pentas podium.

Loading...

Leave a Reply