Portal berita terbaik anda

Politik

Harga petrol naik, formula Rafizi tidak boleh pakai?

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyoal kerajaan Pakatan Harapan (PH) adakah formula penetapan harga petrol oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak boleh digunakan, susulan pengumuman kenaikan bahan api itu bermula tengah malam ini.

“Laaa… Formula Rafizi Ramli tak boleh pakai ke?,” soal Najib menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97 masing-masing naik 10 sen seliter bermula esok sehingga 1 Mac.

Harga runcit RON95 naik daripada RM1.98 seliter kepada RM2.08 seliter manakala harga RON97 meningkat kepada RM2.38 seliter daripada RM2.28, sementara harga runcit diesel kekal RM2.18 seliter.

Rafizi merupakan antara pemimpin PH yang dilihat gemar memberi perhatian kepada pergerakan harga bahan api sehingga dikaitkan dengan cadangan penurunan harga petrol sehingga RM1.50 seliter. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply