Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Hanya munafik, orang berdosa gembira Zakir Naik dihalau – Nik Abduh

KUALA LUMPUR – Hanya orang munafik dan berdosa besar yang akan gembira jika pakar perbandingan agama terkenal Dr. Zakir Naik dihalau keluar dari Malaysia.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, orang Islam di Malaysia tidak akan bersetuju pendakwah Islam terkenal itu diminta keluar dari negara ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu dalam satu hantaran di Facebook berkata, orang Islam yang menyokong Zakir dihalau dari Malaysia merupakan talibaru kepada musuh agama tersebut.

“Setiap muslim adalah bersaudara. Haram ke atasnya menzalimi saudaranya sendiri dan haram ke atasnya membiarkan saudaranya itu dizalimi oleh sesiapa pun.

“Tiada kejuaraan sebenar kecuali kejuaraan perjuangan menegakkan kalimah Allah di dalam diri dan tanah air,” tulis Nik Aziz.

Beberapa pihak sebelum ini menggesa Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad agar pendakwah kontroversi itu tidak lagi dibenarkan untuk dikekalkan di negara ini.

Dua Menteri dari DAP iaitu M. Kulasegaran dan Gobind Singh Deo turut membangkitkan isu kehadiran Zakir Naik ke negara ini termasuk beberapa kenyataan kontroversi dibuat oleh pendakwah antarabangsa itu kepada Dr. Mahathir dalam Mesyuarat Kabinet semalam.-UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén