Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Dunia

Hanya empat hari, hospital khas koronavirus hampir siap dibina

WUHAN – Hospital sementara yang dijangka menempatkan 1,000 katil pesakit coronavirus baharu sudah kelihatan dengan bentuknya hampir siap.

Ia hanya mengambil masa empat hari untuk menampakkan bentuk bangunan berkenaan selepas projek pembinaan di daerah Caidian di sini, dimulakan.

Daily Mail melaporkan ia berdasarkan rakaman video yang menunjukkan perkembangan fasiliti kesihatan dikenali sebagai Huoshenshan atau Hospital Gunung Tuhan Api.

Sebelum ini, pihak berkuasa mengarahkan empat syarikat pembinaan untuk membina hospital berkenaan di atas tapak seluas kira-kira dua hektar.

Projek pembinaan bermula ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina dan hospital itu dijangka menerima pesakit pertama pada 3 Februari ini.

Kerajaan China dilaporkan akan membina sekurang-kurangnya empat hospital sementara bagi menempatkan pesakit coronavirus baharu di negara itu.

Dua daripadanya dibina di Wuhan, bandar yang terjejas teruk akibat penularan wabak berkenaan, manakala dua lagi masing-masing dibina di Huanggang yang terletak berhampiran bandar itu dan Zhenzhou, di tengah wilayah Henan.

Imej dron yang disiarkan oleh People’s Daily menunjukkan trak, jengkaut, jentolak dan lori beroperasi tanpa henti untuk membina hospital pertama jenis itu di Wuhan. – Agensi

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén