Portal berita terbaik anda

Utama

Hampir 50 kampung di Terengganu dijangka dilanda banjir esok

KUALA TERENGGANU – Susulan amaran cuaca buruk oleh Jabatan Meteorologi awal petang tadi, Jabatan Pengairan dan Saliran meramalkan banjir akan melanda dua daerah di negeri ini mulai malam esok.

Ia membabitkan kawasan sekitar lembangan Sungai Terengganu di daerah Hulu Terengganu (Sungai Telemong) dan Setiu (Sungai Nerus) dengan lebih 50 lokasi penempatan kemungkinan terdedah kepada limpahan sungai.

Dalam kenyataan berhubung amaran banjir lembangan Sungai Terengganu yang dikeluarkan oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran, orang ramai di kawasan berisiko diminta berwaspada.

Perkampungan yang dijangka terdedah kepada risiko di Hulu Terengganu termasuklah Pengkalan Ajar, Nibung, Paluh Nyior, Bukit Tanduk, Paya Besar, Matang, Batu 24, Menerong, Kepah, Pasir Dula, Bukit Peroh, Kuala Ping, Padang Stor, Teris, Basung, Tengkawang, Kuala Ping Tapah, Temala dan Bukit Gemuruh.

Di Setiu pula melibatkan Kampung Permaisuri, Buluh, Buruk, Tasik, Nyatoh, Langkap, Che Long, Ulu Seladang, Pengkalan Merbau, Chalok, Sungai Tong, Telaga Putat, Pengkalan Merbau, Gemia, Kubang Kesing, Gong Terap, Guntung, Gong Gelugor, Merbau Menyusup dan Guntung Dalam.

“Semua penduduk terutama di kawasan yang sering dilanda banjir diminta berwaspada dan sentiasa berhubung dengan pusat kawalan operasi banjir berhampiran.

“Maklumat dan amaran akan disalurkan kepada agensi pengurusan bencana, media dan orang awam melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my dan facebook: PublicInfoBanjir dan twitter @JPS_InfoBanjir,” ujar kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply