Hamil anak sulung, Julia Ziegler naik 10 kg

0
126

KUALA LUMPUR: Pelakon berdarah campuran, Julia Ziegler sah hamil empat bulan.

Berkongsi berita gembira itu, Julia memberitahu, berat badannya naik 10 kilogram (kg) selepas berbadan dua.

“Jika diikutkan, sejak trimester pertama hingga sekarang, saya tak berdepan alahan teruk.

“Cuma tak henti makan itu dan ini…. Akhirnya, berat badan saya naik 10 kg. Memang selera makan saya bertambah.

“Saya paling gemar masakan India seperti tosei manakala juadah Thailand seperti tomyam saya tak boleh makan.

“Seperkara lagi, saya jadi ‘hantu’ buah durian. Cuma saya dinasihat usah lupa diri kerana bimbang dengan bayi dikandung,” katanya kepada BH Online di sini, hari ini.

Julia atau nama penuhnya, Julia Bob Fauzi Ziegler berkahwin dengan jurutera mekanikal dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017.

Tambah Julia, dia cepat letih sepanjang tempoh trimester pertama.

“Badan saya macam tiada tenaga… Asyik makan dan tidur saja. Manalah berat badan tak naik.

“Cuma ketika ini, saya lebih bertenaga dan aktif. Saya biasakan diri membuat kerja rumah termasuk memasak,” katanya.

Berikutan keadaannya, Julie mengelak berlakon terutama bagi drama panjang.

“Kalau telefilem bolehlah dipertimbangkan. Tapi masalahnya, tiada tawaran berlakon pun. Mungkin produksi tak mahu ajak saya berlakon kerana berat badan meningkat,” katanya berseloroh.

Mengenai jantina bakal anak, Julia dan suami berserah kepada Tuhan.

“Apa saja rezeki Allah beri, kami terima dengan tangan terbuka. Kami pun tak merancang ingin tahu jantina bakal anak. Biarlah ia jadi kejutan buat masa ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here