Portal berita terbaik anda

Utama

Kucing selebriti, Hamdan Karipuley sudah tiada

BERITA menyedihkan bagi peminat ‘kucing selebriti’, Hamdan Karipuley selepas haiwan itu mati sekitar tengah hari tadi.

Menurut catatan di laman Facebook, Hamdan menghidap penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP) yang menyerang sistem saraf kucing dan selalunya berakhir dengan kematian.

“Saya nak maklumkan, Hamdan sudah tiada, harapnya makan dan minum Hamdan dihalalkan. Perjalanan Hamdan sampai di sini sahaja.

“Terima kasih atas sokongan dan doa semua dari tahun 2015 sehingga 2021. Hamdan adalah kucing jalanan yang kemudian menjadi kucing kesayangan,” kata catatan Facebok itu.

Kucing popular yang berwarna putih beserta tompok hitam itu sering menghiburkan pengikutnya di laman Facebook dengan gelagat dan kapsyen gambar yang mencuit hati.

Akaun Facebook Hamdan Karipuley telah didaftarkan sejak Julai 2015 dan sehingga hari ini, akaun tersebut telah mengumpul hampir 150,000 pengikut. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply