Portal berita terbaik anda

Utama

Halang warga asing ke masjid tindakan tidak wajar, kata MAPIM

PUTRAJAYA – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyifatkan tindakan kerajaan tidak membenarkan warga asing yang negatif COVID-19 menunaikan solat di masjid adalah tidak wajar.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata pihaknya meminta supaya kerajaan menyemak semula keputusan berkenaan.

Katanya, MAPIM melihat keputusan itu sebagai satu diskriminasi yang tidak wajar dan tuntutan agama tidak boleh dikompromi jika semua syarat sudah dipenuhi.

“Kami bersetuju supaya semua mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan sosial.

“Kami menegaskan bahawa isu ini sepatutnya dirujuk kepada Menteri Agama, Mufti serta Majlis Agama Negeri.

“Sudah tentu ia perlu diputuskan oleh Sultan di negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata kelonggaran syarat mendirikan solat berjemaah dan Jumaat berasaskan keluasan masjid hanya tertakluk kepada warga tempatan sahaja.

Menurut Ismail Sabri hal ini kerana isu positif COVID-19 dalam kalangan warga asing lebih tinggi berbanding rakyat tempatan.

Sebelum ini, media turut melaporkan pendedahan polis mengenai kegiatan penjualan laporan saringan COVID-19 palsu dalam kalangan warga asing yang menyaksikan dua dalang sudah ditahan setakat ini.

Loading...

Leave a Reply