Hakim kes Najib adik kepada Exco Umno Pahang

0
3136

PETALING JAYA: Peguam Negara Tommy Thomas berkata beliau tidak sedar bahawa Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah adik kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Umno Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak.

Difahamkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Soffian Abd Razak merupakan adik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Benta, Mohd Soffi.

Sebaik terdengar berita itu, Thomas berkata:”Ini kali pertama saya terdengar mengenainya.”

Berdasarkan carian di Internet, Mohd Soffi dan Mohd Sofian menerima anugerah Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar pada 2012.

Mohd Soffi mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benta pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan majoriti tipis 340 undi.

DUN Benta dimenangi ahli politik Umno berusia 61 tahun itu sejak 1999.

Mohd Sofian, 57, pula dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 2005 sebelum menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada 2007.

Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Mohd Soffian menetapkan jaminan RM1 juta untuk semua empat pertuduhan dengan dua penjamin.

Beliau juga mengarahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kedua-dua pasportnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here