Tak nak gadis seksi jadi ‘peneman’, Hafizh Syahrin pilih isteri sendiri

0
1084

Kehadiran gadis litar dalam setiap perlumbaan MotorGP sentiasa menarik perhatian. Apa tidaknya, mereka ini yang kebanyakannya cantik dan seksi sudah pasti memukau setiap mata yang memandang.

Namun, baru-baru ini viral di laman sosial apabila pelumba MotorGP negara Hafizh Syahrin membawa isterinya, Noor Suzana sebagai penemannya pada perlumbaan MotorGP di Buriram, Thailand.

Kemunculan Noor Suzana atau dikenali sebagai Zana mencuri perhatian peminat dunia permotoran seluruh dunia.

Zana yang mengenakan tudung berwarna hitam dilihat sedang memayungi suaminya sebelum perlumbaan bermula.

Jangan kata bini tak payung

Di laman Instagram pelumba Motor GP itu, rata-ratanya netizen memuji tindakannya. Hafizh Syahrin dan Noor Suzana yang baru sahaja berkahwin pada Disember tahun lepas mencuri hati netizen yang menyifatkan perkara itu sebagai ‘sweet couple‘ dan turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

Gadis litar berhijab

Pemakaian Noor Suzana yang berhijab dan menutup aurat menjadi pujian netizen. Bagi netizen tindakan itu disifatkan sebagai pertama kali dalam dunia permotoran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here