Hafiz Mahamad dikecam, rakam video beri sedekah pada staf

NAMA usahawan terkenal Hafiz Mahamad sering kali menjadi topik perbualan netizen di media sosial.

Dia juga sering berkongsi aktiviti hariannya di Instagram sebagai salah satu cara memberi inspirasi kepada para penyokong dan peminatnya dalam melakukan kebaikkan.

Namun, setiap kejayaan dan pujian biasanya tidak lari dengan kecaman daripada beberapa pihak yang kurang bersetuju dengan pendekatan yang dilakukannya.

Baru-baru ini, Hafiz terserempak dengan seorang stafnya yang mencari duit tambahan sebagai penghantar makanan.

Keadaan itu membuatkan Hafiz sebak kerana dia tidak tahu menahu mengenai kesusahan yang menimpa stafnya sehingga terpaksa membuat dua kerja dalam satu hari.

Hafiz kemudiannya menghulurkan wang RM50 sebagai sedekah kepada stafnya sebelum berdedar dari tempat itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Sementara itu, netizen seolah-olah tidak berpuas hati dengan tindakan Hafiz merakam video stafnya dan menjadikan lelaki itu sebagai ‘konten’ laman sosialnya.

‘Nak tunjuk dia paling baik la tu’

Walau bagaimanapun, masih ada yang berfikiran positif dengan memaklumkan sukar menemui majikan seperti Hafiz kerana merasakan pekerja tersebut ‘okey’ sahaja dengan keadaan itu.

Mereka juga berharap agar semua majikan bersikap seperti Instafamous ini supaya para pekerja berasa selesa berkhidmat dengannya.

Loading...

Leave a Reply