Portal berita terbaik anda

Politik

PAS akui Tun M ‘kingmaker’ sebenar

PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang mengakui bahawa pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad muncul menjadi penentu kuasa sebenar dalam pilihan raya umum 9 Mei.

Bagaimanapun, PAS masih tetap mampu menjadi penentu kuasa atau ‘kingmaker’ di peringkat negeri kerana meraih jumlah kerusi yang agak besar di Perak, Pahang dan juga Kedah.

“Walaupun kita tidak berjaya jadi kingmaker. Walaupun menang dengan 13 kerusi, dia jadi kingmaker sebenar, menjadi pemegang kuasa penentu pemerintahan (dengan mendapat) majoriti mudah.

“Kingmaker itu berlaku kepada Mahathir, tapi peringkat negeri kita masih kingmaker khususnya di Perak, Pahang dan mungkin di Kedah.

“Ini kita nilai dari semasa ke semasa,” katanya dalam wawancara disiarkan Astro Awani petang semalam.

Hadi bagaimanapun berkata, PAS tetap kuat kerana meraih lebih banyak undi berbanding yang diperolehi setiap parti dalam Pakatan Harapan.

“Undir diperolehi PAS sebanyak dua juta lebih. Inilah ukuran kekuatan kita. Parti Pakatan Harapan yang pelbagai parti ini tidak mencapai ke tahap itu, cuma mereka bekerjasama,” katanya.

PAS menang 18 kerusi parlimen dan 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum lalu yang membolehkannya kekal mentadbir Kelantan dan merampas negeri Terengganu.

Bagaimanapun ia tidak memenangi sebarang kerusi di Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Ditanya mengenai rancangan PAS untuk meraih sokongan pengundi di kawasan campuran bandar dan luar bandar serta kawasan majoriti bukan Melayu, Hadi berkata ia akan dijalankan dengan meningkatkan dakwah Islam.

“Sabah dan Sarawak terlalu jauh untuk Islam. Gerakan dakwah perlu digerakkan di Sabah dan Sarawak,” katanya lagi.

Loading...

Leave a Reply