Portal berita terbaik anda

Viral

Guru tadika campak anak murid diberhentikan serta-merta

SEORANG guru tadika dikecam netizen selepas videonya mencampakkan seorang anak murid tular di media sosial.

Berikutan itu, pihak tadika telah mengambil tindakan sewajarnya dan akan memberhentikan guru terbabit serta-merta selain membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan.

Perkara itu dimaklumkan oleh bapa kepada salah seorang murid di tadika itu, sebentar tadi.

“Baru lepas jumpa pengetua sekolah minta penjelasan sebab anak saya sekolah kat situ.

“Pihak sekolah kata cikgu itu akan diambil tindakan sewajarnya dan akan diberhentikan serta merta selain laporan polis telah dibuat,” katanya.

Menurutnya, tadika berkenaan telah beroperasi selama 30 tahun dan itu kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.

Sementara itu, hasil pemerhatian di Facebook tadika yang terletak di Jalan Kebun, Kalang itu, ianya masih diserang netizen dengan komen-komen kecaman terhadap guru terbabit.

Loading...

Leave a Reply