Guru KAFA menyesal undi Pakatan Harapan, kini hilang kerja

0
8651

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkongsi nukilan seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) yang menyatakan dirinya adalah pengundi Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 kerana sering dimomokkan sejak anaknya lahir bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah punca kepada kenaikan harga barang.

“Mana dia pergi pun peniaga kata GST menyebabkan (harga) barang naik, dia tidak sebut pun sebagai seorang guru KAFA dia mendapat pembelaan daripada kerajaan (sebelum 9 Mei 2018).

“Selepas 9 Mei dia mendapat penamatan sebagai guru KAFA pada awal Ramadan, bila tengok dua anak kecilnya…air matanya menitis kerana terbayang apa bakal terjadi kepada anaknya itu dan menampung perbelanjaan.

“Timbul kesedaran bahawa BN yang memberi pembelaan kepada guru KAFA. BN tidak tergamak memberhentikan 3,000 guru KAFA yang termasuk 17,000 kakitangan kontrak.

“Namanya ada dan saya hendak berhubung dengannya kerana dia menyesal mengundi pakatan (PH),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada 100 asnaf di Masjid Kampung Polo di Pekan, hari ini.

Turut hadir, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar Datuk Mohd Fakhruddin Mohd Arif.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, guru KAFA itu merupakan salah seorang daripada 17,000 kakitangan awam bertaraf kontrak yang ditamatkan perkhidmatan oleh kerajaan baharu.

Katanya, sekiranya BN menang pada PRU yang lalu, nasib mereka mungkin lebih baik kerana masih dapat mencari rezeki untuk menyara keluarga seperti berbanding sekarang apabila mereka hilang mata pencarian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here