SEORANG guru menjadi bualan masyarakat di kampungnya apabila dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan jejaka yang bekerja sebagai pemandu lori.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Azura itu, dia memiliki ijazah sarjana sementara suaminya hanya berkelulusan SPM.
Walaupun taraf pendidikan mereka tidak setaraf, Azura sanggup menerima lelaki itu dengan sepenuh hatinya.
Malah, Azura turut meminta wang hantaran kurang daripada RM10 ribu sahaja.
i cikgu, suami i pemandu lori.
i degree + master, suami SPM.
Hantaran bawah 10k.
Org kampung i kutuk mak abah, “anak pandai, kahwin kan dgn pemandu lori”.Mkcik, x hina pon kahwin pemandu lori, kita ni hamba yg blm tentu mulia disisi Tuhan. pic.twitter.com/zW63CCI217
— 🙋♀️ (@AzuraOrkid) October 11, 2019
Sementara itu, foto akad nikah yang dimuat naik Azura di Twitter telah menarik perhatian netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah kepadanya di atas perkahwinan tersebut.
Tidak kurang juga yang mempertikai keputusannya mengahwini pemandu lori yang tidak berpendidikan tinggi itu.
Zalina Azhar
Apa masalah nya..🤔
Yang penting ialah untuk menggapai keredhaan Allah swt dalam membina rumahtangga..pertimbangan manusia yang banyak meremehkan syariat dan membuat segala perkara yang mudah menjadi sulit..Hina sangat ke pemandu lori?? Dia pun mencari rezeki Allah yang halal..Harta menggunung pun belum tentu menjanjikan rumahtangga yang bahagia dan harmonis..rumahtangga yang sakinah mawaddah warahmah dihiasi dengan iman dan taqwa berlandaskan syariah agama dan berpegang kepada AlQuran dan sunnah..
Azman
Selamat Penggantin Baru – Solat jangan lupa kalau boleh berjemaah, hanya Allah sahaja yang dpt membantu kita. Ingat Allah selalu sudah pasti Allah akan membantu kita.