Portal berita terbaik anda

Utama

Guru campak murid dibebaskan jaminan polis

SHAH ALAM – Polis telah mengambil keterangan daripada seorang guru wanita yang tular selepas mencampak muridnya dalam kejadian di sebuah tadika di Jalan Kebun di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, keterangan dilakukan semalam oleh wanita berusia 22 tahun itu bagi melengkapkan siasatan selepas laporan dibuat oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut.

“Siasatan turut mendapati wanita itu merupakan guru tetap dan bukan praktikal.

“Dia telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan tindakan tidak berperikemanusian seorang guru praktikal mencampak seorang kanak-kanak di sebuah tadika di Klang dekat sini, tular semalam.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu jelas memaparkan kanak-kanak berseragam tadika itu terlebih dahulu ditolak sebelum dilempar dan dimarahi guru wanita itu.

Insiden dipercayai berlaku semalam itu diperhatikan murid-murid taska tersebut yang seakan terkejut dengan perbuatan itu. – K!ONLINE

Loading...

Leave a Reply