Gunung berapi Anak Krakatau berubah jadi teluk kecil

136

LONDON, BRITAIN – Selepas lebih seminggu amukan Anak Krakatau di Selat Sunda, kini terdapat beberapa imej satelit optik gunung berapi itu yang telah mencetuskan tsunami pada 22 Disember lalu dikeluarkan.

Keadaan cuaca buruk menyukarkan usaha untuk memerhatikan Anak Krakatau, namun pasukan firma pemerhati bumi, Planet berpusat di San Francisco berjaya mendapatkan gambar terbaharu gunung berapi itu menerusi platform Dove dan SkySat yang dilaporkan semakin hilang selepas peningkatan aktiviti vulkanik pada bulan lalu.

Keadaan asal Anak Krakatau yang mempunyai ketinggian 340 meter kini telah berpecah membentuk sebuah teluk kecil.

Agensi bencana Indonesia memaklumkan dua pertiga ketinggian Anak Krakatau (150-170 juta kubik meter) telah hilang yang mana sebahagian besarnya dipercayai menggelongsor ke dalam laut. – BBC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here