Gotong-royong mewajahkan SSINS dengan warna hitam putih

0
311

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim mengajak penyokong-penyokong Terengganu Football Club (TFC) untuk bersama-sama turun mewajahkan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) kepada tema ‘Black and White’.

Beliau berkata perkara tersebut dicetuskan oleh penyokong TFC sendiri dan dipanjangkan dalam Chill Session di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu yang diadakan pada Oktober lalu. Dan perkara ini akan dijalankan secara gotong-royong.

“Alhamdulillah secara verbally kami telah mendapat green light daripada pihak Datuk Bandar (MBKT) untuk gerakkan usaha bergotong-royong dari kalangan penyokong TFC untuk mewajahkan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) dengan kombinasi Black & White.

“MBKT akan menyediakan bekalan cat dan akan diselia sama oleh warga kerja MBKT untuk kerja-kerja mengecat ini. Proses mengecat secara bergotong royong dilaksanakan oleh fans Terengganu dan orang ramai.

“Semoga SSINS akan dirasai milik bersama dan harta bersama.” katanya di laman facebook peribadinya.

Dan laman rasmi TFC sedang meninjau sokongan para peminat untuk menjayakan program tersebut. Acara gotong-royong bakal dimaklumkan kelak bergantung kepada faktor cuaca.

Dengan pengumuman ini, beliau turut menjelaskan bahawa SSINS kekal menjadi ‘home’ bagi pasukan TFC untuk saingan Liga Malaysia musim 2019 walaupun Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bakal memberikan pembiayaan kepada PBSNT untuk membaik pulih padang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

“Home 2019 masih di SSINS? Ya. Kekal di SSINS.

“Liga yang bermula Februari 2019 masih berada di awal musim kempen. Lazimnya SSINS pun tidak akan dipenuhi penyokong lagi di awal musim.

“Dalam masa yang sama, kami percaya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) berada dalam proses baik pulih padang yang dikelolakan oleh MFL.” sambungnya lagi.

Selain daripada mewajahkan SSINS kepada warna tema kelab dan juga membaik pulih venue baru, beliau juga menjelaskan beberapa perubahan-perubahan lain akan turut diambil perhatian untuk dilaksanakan. Semuanya akan dijalankan secara beransur-ansur.

Apa yang penting, Hishamuddin berharap Liga Malaysia musim hadapan berjalan dengan lancar.

Sumber: foxsport

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here