Geng ‘Mat Rempit’ kumpul dana RM5,000 bantu bapa tunggal jaga 3 anak OKU

Kisah sekumpulan Mat Rempit ini membuka mata masyarakat agar tidak memandang seseorang itu dari luaran sahaja.

Sikap prihatin mereka yang sanggup mengutip dana bagi membantu seorang bapa tunggal bersama tiga orang anak istimewanya benar-benar mengejutkan ramai pihak.

Mat motor serbu rumah

Kisah bapa tunggal ini pernah tular suatu ketika dahulu kerana terpaksa menggalas tanggung jawab membesarkan anak-anak istimewanya secara bersendirian selepas kematian isteri tersayang.

Mohd Zain Abdullah, 58, mengakui cukup terkejut dengan kehadiran beratus-ratus motorsikal datang ke rumahnya di Tumpat, Kelantan.

Rupa-rupanya, mat-mat motor tersebut adalah sebahagian daripada 250 orang penunggang motorsikal yang merupakan anggota Geng Motorsport dari beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu.

Rombongan tersebut datang menghantar sumbangan kepada bapa tunggal itu.

Bagi jambangan bunga duit berjumlah RM5,000

Bukan hanya tahu bermain motorsikal, ada dalam kalangan Mat Rempit ini sebenarnya mempunyai inisiatif untuk menabur jasa kepada masyarakat.

Menurut Geng Motorsport, Ardy Datok Agos dari Kumpulan Isabella96Family, kumpulannya telah mengumpul dana sebanyak RM5,000 yang dihias seperti jambangan bunga untuk diberikan kepada Mohd Zain.

Menurut Ardy lagi, konvoi tersebut disertai golongan anak muda berumur lingkungan 20 sehingga 40 tahun.

Loading...

Leave a Reply