Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

‘Gemuk, makan banyak sangat sebab tu mati’ – Individu hina kematian Abam Bocey

Pemergian pelawak Abam Bocey membuatkan ramai yang sedih dan terasa dengan kehilangannya itu. Tetapi ada juga individu yang biadab mengutuk arwah Abam secara terbuka di media sosial.

Di Facebook, seorang individu yang menggunakan nama Mrspoon Nasional tanpa berfikir panjang memuat naik komen yang jelas sekali menghina arwah.

“Makan banyak, badan gemuk sangat, bub tu mati,” tulisnya sambil disertakan dengan emoji ketawa.

Kebiadaban lelaki itu diselar ramai netizen yang kini cuba mencari identiti sebenar individu di sebalik akaun Facebook itu.

Netizen juga mendesak orang ramai tampil membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar tindakan tegas dapat diambil terhadap individu terbabit yang jelas sekali menyalahgunakan media sosial bagi tujuan menyakitkan hati keluarga mangsa.

Difahamkan, akaun Facebook tersebut telah dipadamkan.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén