Portal berita terbaik anda

Viral

Gelongsor sengaja dilekatkan mata pisau lipat untuk cederakan kanak-kanak

Beberapa bilah mata pisau lipat ditemukan pada papan gelongsor kanak-kanak dipercayai dilekatkan individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi gambar yang viral di media sosial, dapat dilihat dengan jelas kesan darah milik kanak-kanak yang menjadi mangsa perbuatan kejam tersebut.

Facebook Viral Muafakat Johor yang memuat naik gambar tersebut menggesa para ibu bapa agar lebih berhati-hati apabila membawa anak ke taman permainan.

Ibu bapa disarankan agar memeriksa terlebih dahulu setiap permainan di situ sebelum digunakan anak masing-masing.

Sementara itu, rata-rata netizen mengecam perbuatan tersebut selain menyifatkannya sebagai satu tindakan yang kejam dan tidak bertamadun.

Loading...

Leave a Reply