Portal berita terbaik anda

Viral

Gara-gara sambung bulu mata, janda Kelantan ini nyaris buta

Menyambung bulu mata adalah haram di sisi Islam tetapi masih ramai wanita di luar sana yang melakukannya demi kelihatan cantik.

Seorang janda yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan, Nur Adeline Daud hampir kehilangan penglihatannya gara-gara membuat sambungan bulu mata menggunakan gam khas, baru-baru ini.

Malah, bulu matanya yang asli habis rosak tidak sampai setengah jam menggunakan bulu mata palsu.

“Sumpah aku takkan buat eyelash extension lagi. Separuh buta dah aku ni. Lepas 30 minit buat aku terus cari vaseline cabut balik.

“Punya susah nak cabut. Sampai takde bulu mata dah aku. Mungkin aku alergik dengan gam dia kot,” tulisnya menerusi Facebook.

Walaupun pernah membuat rawatan sebelum ini, Nur Adeline yang juga pengasas produk kosmetik itu menyifatkan kejadian tersebut mungkin ‘amaran’ daripada Allah apabila cuba untuk mengubah ciptaanNya.

“Jangan kau ubah ciptaan Allah! Sebelum ni aku buat okay je. Tapi ni maybe Allah nak bagi warning dekat aku,” katanya.

Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dengan menasihati dan mengambil iktibar atas pengalaman buruk yang menimpa Nurul Adeline ini.

Loading...

Leave a Reply