Portal berita terbaik anda

Viral

Gara-gara hendak bergurau, anak terperangkap dalam mesin dobi

Satu video menunjukkan beberapa lelaki cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam mesin dobi viral di media sosial.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di sebuah dobi layan diri di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, tengah malam tadi.

Kata sumber, mangsa dipercayai disumbat oleh ibu bapanya sendiri kerana ingin bergurau.

Kejadian tersebut telah mendapat kecaman dari netizen yang rata-rata bengang dengan tindakan ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan.

Malah, ada yang mahu pihak polis menangkap mereka kerana didakwa mendera kanak-kanak.

Sementara itu, pemilik dobi terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakan mesin basuh yang dipecahkan kerana mahu mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Bagaimanapun dia tidak mahu memanjangkan hal tersebut dan berharap kejadian tersebut menjadi peringatan kepada para ibu bapa yang lain.

Loading...

Leave a Reply