Bunuh kucing: Polis keluarkan gambar tiga suspek

0
407

KUALA LUMPUR – Polis mengeluarkan gambar tiga lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seekor kucing bunting yang dimasukkan ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah dobi layan diri di Taman Gombak Ria, Gombak dekat sini yang tular dalam laman sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, satu laporan polis dibuat oleh pemilik kedai dobi terlibat sejurus kejadian itu tular dalam laman sosial.

“Ketiga-tiga lelaki itu berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun itu sedang dicari untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana membunuh binatang.

“Orang ramai yang mengetahui lokasi ketiga-tiga lelaki itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Najmi di talian 017-9291359 atau tampil ke balai polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tular dalam laman sosial sejak semalam tindakan dua lelaki membunuh kucing bunting dengan memasukkan ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah dobi layan diri. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here