Portal berita terbaik anda

Politik

Gambar Setiausaha Politik PM merokok di restoran tular

LARANGAN merokok di kedai makan dan restoran terbuka yang dikuatkuasakan 1 Januari lalu menerima pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia.

Ada yang dapat menerimanya walau dengan berat hati, namun masih ada berdegil.

Ini termasuklah setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Muhammad Zahid Md. Arip yang dilihat tidak terkesan dengan larangan tersebut.

Baru-baru ini, gambar Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yang sedang merokok di sebuah restoran di Putrajaya menjadi tular dan mendapat kecaman netizen terutamanya dari mereka yang menyokong Pakatan Harapan (PH).

Dakwa mereka, pimpinan kerajaan sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada rakyat, bukan menjadi contoh yang buruk untuk dijadikan ikutan.

“Jika pimpinan kerajaan sendiri yang melanggar peraturan yang mereka sendiri tetapkan, takkan nak harapkan rakyat mengikut peraturan itu?” komen Iza

“Aku kena saman tu hari, tapi orang besar PH rokok selamba je. Tak kena saman pun. PH mmg barua..” komen Salim.

Turut bersama Zahid Mat Arip di dalam gambar yang dirakam secara ‘curi’ itu Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang kelihatan bersahaja tanpa melarang perbuatan yang melanggar undang-undang itu.

Peraturan larangan merokok ini telah diwartakan mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang dikuatkuasakan 1 Januari lalu yang mana mereka melanggarnya boleh di denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan itu boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Netizen mempersoalkan di mana ketelusan KERAjaan dalam melaksanakan peraturan serupa ini. Adakah peraturan ini hanya dikenakan untuk rakyat biasa dan tidak bagi pemimpin? – AbuLeman

Kredit gambar: Iza Karim

© Gambar Supol Perdana Menteri hisap rokok di restoran tular – Abu Leman

Sumber: https://www.abuleman.com/2019/02/gambar-supol-pm-hisap-rokok-tular.html?fbclid=IwAR3dfB8il7T8vghrbCfOjc2-IzkLl5cJjgaq_phnu9XS1T5sVXEujupV6N4

Loading...

Leave a Reply