Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

Kawan sampai kahwin! Ini gambar sekitar majlis pernikahan Ardell dan Nadzmi

KEMERIAHAN majlis penyatuan dua hati antara pasangan pelakon, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Majlis tersebut berlangsung di kediaman keluarga Ardell petang tadi di Seri Kembangan, Selangor.

Difahamkan kira-kira 500 tetamu yang hadir termasuk ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, kenalan rapat dan rakan media.

Berikut antara posting di sekitar majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan itu yang dikongsi orang ramai di Instagram berserta tanda pagar #adhwaardell.

Video Player

00:00
00:13

Terdahulu, mereka mengenali antara satu sama lain sejak tahun 2011 dan mula rapat kira-kira empat tahun lalu selepas berlakon bersama dalam satu drama.

Sumber : Instagram

Leave a Reply

Theme by Anders Norén