BUKAN mudah untuk menjadi seorang isteri. Selain membantu suami, isteri juga bertanggungjawab menjaga anak-anak agar kesihatan mereka terjamin.
Namun, ada sesetengah wanita yang terpaksa bekerja demi menampung perbelanjaan keluarga sehingga terpaksa membawa bersama anak-anak yang masih kecil.
Itu yang dapat digambarkan melalui penularan dua gambar yang memaparkan seorang wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan GrabFood sedang mencari rezeki sambil mendukung seorang bayi.
Gambar yang dimuat naik Ainil Hawa di Facebook itu memperlihatkan kegigihannya mendapatkan pesanan di sebuah restoran makan segera untuk dihantar kepada pelanggan.
Walaupun tiada maklumat lanjut mengenai wanita tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar beliau dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.
Hebatnya seorang ibu!
Semoga dimurahkan rezeki
Sayu pulak tengok!
Sumber: Ainil Hawa
Leave a Reply