Portal berita terbaik anda

Viral

Gambar kahwin belum sempat siap, doktor maut kereta terbabas

BARU sahaja seminggu melangsungkan perkahwinan, seorang doktor wanita terpaksa menerima hakikat bahawa suaminya telah pergi buat selama-lamanya akibat kemalangan jalan raya.

Suaminya yang juga seorang doktor di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Perlis maut setelah kereta yang dipandunya terbabas ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kejadian berlaku pada pagi Jumaat itu mengejutkan pelbagai pihak termasuk jurugambar perkahwinan mereka, Nor Asyilah Firzan yang turut memuat naik beberapa posting mengenai arwah di laman Facebook.

“Inai masih merah”

“Nanti nak ‘consult’ album kahwin, aku tak sanggup ya Allah…”

“Mereka tersenyum ketawa ketika rakam gambar kahwin”

“Kuatkanlah isterinya”

“Sebak baca kapsyen di IG”

Turut mengundang sayu apabila arwah yang berusia 28 tahun itu telah lama kehilangan ibu bapa, malah sempat memberikan dedikasi buat keluarga baharunya di laman Instagram.

“Semoga kekal hingga ke syurga”

“Dah lama tak guna perkataan mak & ayah”

Loading...

1 Comment

  1. subashchandra

    “Ucapan takziah kami yang mendalam. Semoga Tuhan meletakkannya di tempat istimewa… Tiada kata yang dapat melahirkan kesedihan kami …

Leave a Reply