Gambar fail notis muflis tersebar, ini respon Elfira Loy

0
311

Pelakon Elfira Loy meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak cuba menjatuhkan dirinya dengan melakukan pelbagai fitnah.

Menerusi entri di Instagram (IG), Elfira menganggap perkara itu sebagai satu dugaan yang akan mematangkan dirinya pada masa akan datang.

“Kalau orang nak jatuhkan orang lain dia akan usaha pelbagai cara yang believeable untuk membuat orang percaya kepada fitnah.

“Begitu yakin membentangkan kesalahan & kesilapan yang mungkin betul dan salah.

“Persoalannya , kenapa begitu murah hati membuang buang perasaan baik yang ada pada hati hanya kerana dengki?

“Bagaimana anda boleh begitu yakin yang dunia tidak akan berputar dan jatuh pada batang hidung sendiri.

“Hidup ni kena sentiasa berpada-pada kerana ujian tidak pernah hadir pada saat kita duga. Kadang ia hadir untuk mengajar kita kadang ia hadir untuk menaikkan darjat kita disisNya.

“Saya, macam biasa hanya mampu melihat dan tersenyum mendoakan yang terbaik. Kerana yang baik tidak datang pada lisan tapi pada perbuatan. Jadi lihat,” tulisnya.

Status yang dimuat naik oleh Elfira dilihat seolah-olah memberi reaksi kepada foto pada satu fail tertera nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri yang tersebar di laman sosial hari ini.

Foto: Instagram @ Makcik Puaka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here