Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Gagal tunai haji sebab visa, jemaah Malaysia pulang dengan linangan air mata

SEJAK semalam hangat diperkatakan mengenai isu jemaah haji yang menggunakan agensi untuk menunaikan ibadah tersebut terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah disebabkan masalah visa.

Jemaah yang dilaporkan seramai 26 orang itu tidak mendapat pelepasan untuk melaksanakan ibadah kelima dalam Islam disebabkan visa yang digunakan tidak sah.

Wajah sugul sampai KLIA

Kelihatan jemaah haji yang terkendas begitu kecewa lebih-lebih lagi terpaksa pulang ke Malaysia hanya disebabkan masalah visa.

Wajah sugul mereka sambil menolak troli beg dapat diperhatikan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Lesen syarikat agensi boleh dibatalkan

Memetik kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi, lesen syarikat yang mengendalikan jemaah haji Furada boleh dibatalkan serta merta berikutan masalah tersebut.

“Kalau dia (syarikat) salah guna lesen dan menyebabkan jemaah ini terkandas dan dihantar balik, kemungkinan besar kita akan batalkan lesen,” katanya.

Untuk makluman, visa Haji Furada adalah ialah visa haji yang diperoleh dengan berurusan secara terus dengan Kedutaan Arab Saudi. Menerusi kes tersebut visa itu tidak dapat disahkan oleh pihak Imigresen Arab Saudi setibanya jemaah sampai di sana pada awal minggu ini.

Sumber: Mstar Online

Leave a Reply

Theme by Anders Norén