Gadis Malaysia rangkul tempat kelima Ratu Cantik NZ

0
176

KUALA LUMPUR: Nurul Zuriantie Shamsul mengharumkan nama negara apabila menduduki tempat kelima dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia New Zealand 2018.

Anak kelahiran Ampang, Selangor ini antara 20 finalis yang berjaya mara ke peringkat akhir pertandingan itu.

Peringkat akhir pertandingan itu berlangsung pada Sabtu malam waktu Malaysia dan disiarkan secara langsung di laman Facebook Miss Universe New Zealand.

Nurul yang berpindah ke New Zealand ketika berusia lima tahun ini kelihatan anggun berhijab warna emas dan menyarungkan busana berperincian rona yang sama.

Nurul berkongsi kegembiraan itu bersama ibu bapanya.

Anak gadis Melayu berdarah campuran Indonesia ini berkata, antara saat terindah pada pertandingan itu adalah melihat kedua-dua ibu bapanya yang penuh rasa bangga melihat dirinya diumumkan sebagai lima finalis teratas.

Pelajar tahun akhir jurusan Psikologi di University of Waikato, Hamilton, New Zealand itu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokongnya menyertai pertandingan ratu cantik itu.

“Alhamdulillah untuk tempat kelima ini. Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya. Ia tidak berlaku tanpa kasih sayang dan sokongan anda. Ia begitu bermakna untuk saya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here