Portal berita terbaik anda

Utama

Akui masih sayang, gadis ‘tenang’ hantar bekas kekasih nikah dengan wanita lain

SEORANG gadis mencuri tumpuan apabila video dia menemani bekas kekasih sambil memegang erat tangannya sebelum diijabkabul bersama pasangan tular di media sosial.

Video yang pada asalnya dikongsi di Tiktok itu dimuat naik sitihajarhashim ke akaun Twitter miliknya.

Menurut Siti Hajar, dia kurang bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh gadis itu kerana merasakan ia tidak wajar dan mengguris perasaan pihak lain walaupun hubungan dengan bekas kekasih sekadar teman rapat sahaja.

Video tersebut turut menarik perhatian netizen yang juga menyatakan pendapat yang sama.

Rata-rata mereka merasakan perbuatan sebegitu bukan hanya melukakan perasaan bakal isteri, tetapi turut melukakan perasaan sendiri kerana gadis berkenaan mengakui masih menyayangi bekas kekasihnya.

Walau bagaimanapun, ada yang meragui kebenaran video tersebut kerana boleh jadi ia sekadar content.

Mungkin juga gadis yang merakam video tersebut adalah adik kepada pengantin lelaki itu dan tidak sanggup untuk melepaskan abangnya bernikah.

Walau bagaimanapun, tiada kesahihan berkenaan video-video tersebut kerana pengguna TikTok itu menutup ruangan komen daripada menerima sebarang maklum balas daripada netizen.

Loading...

Leave a Reply