Gadis dirogol dua abang kandung ketika tidur

0
3493
Gambar hiasan

PAPAR: Ibarat syaitan yang bertopengkan manusia, dua lelaki tergamak merogol adik kandung mereka sendiri dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan Papar, Sabah pada Rabu lalu.

Dalam kejadian 6 Jun kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa berusia 17 tahun dikatakan sedang tidur di ruang tamu kediaman mereka sebelum didatangi kedua-dua suspek yang juga abang kepada gadis berkenaan sebelum salah seorang daripadanya bertindak menutup dan menahan badannya.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman berkata, kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 20-an itu dikatakan membuka pakaian mangsa dengan menggunakan sebilah gunting lalu merogolnya.

Mangsa bagaiamanapun gagal mendapatkan pertolongan keluarganya yang lain kerana mulut dan badannya ditahan oleh abang-abang itu.
.
“Ekoran daripada itu mangsa telah membuat satu laporan polis. Kakak mangsa telah membuat satu laporan polis berkaitan kes ini, dan kes telah disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan pihak polis telah berjaya menangkap kedua-dua suspek yang merupakan abang kandung mangsa sendiri.

“Kedua-dua tangkapan telah dibawa balik ke IPD Papar, telah menjalankan saringan ujian air kencing dan mendapati salah seorang suspek didapati positif dadah, abang kedua negatif… walau bagaimanapun, kedua-dua suspek ketika kejadian dalam keadaan mabuk,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ladamah berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek difahamkan melakukan perbuatan diluar batasan itu sejak mangsa berusia 12 tahun.

Untuk rekod katanya, mangsa pernah dicabul tiga kali dan dua kali dirogol oleh kedua-dua abangnya manakala gadis berkenaan turut pernah mengadu kepada ibu bapanya namun tidak diendahkan sebelum ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta 10 sebatan jika sabit kesalahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here