Portal berita terbaik anda

Utama

Gadis bujang ini jadi YDP PIBG, ini jawabnya…

Ketua Puteri Umno Rantau Panjang, Alwani Sofia Abdullah kesal dengan pihak yang mempertikai pelantikannya sebagai Yang di-Pertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah di kawasan itu.

Menurutnya, pihak yang mempertikaikan pelantikannya menggunakan alasan umurnya dan statusnya yang belum berkahwin.

“Setelah dua tahun pegang status YDP PIBG, baru hari ini dipertikai saya sebagai. Sejujurnya saya menolak jawatan ini satu ketika semasa dipilih sebulat suara melalui mesyuarat agung PIBG.

“Ketika itu saya sedar mungkin tidak layak dengan usia yang terlalu muda sebagai YDP. Tetapi situasi ketika itu, status ayah dan keupayaan saya, maka saya terima jawatan ini sebaga satu cabaran demi membantu sekolah tersebut.

“Bila BN tidak mengekalkan kedudukan sebagai kerajaan pusat, saya buat keputusan untuk letak jawatan tetapi dinasihatkan pihak sekolah supaya bertahan duhulu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Sebagai rekod, Alwani Sofia juga merupakan anak kepada bekas ahli dewan negara dan bekas ketua bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin.

Alwani Sofia berkata, dia juga sudah berbincang dengan pihak pengurusan sekolah untuk melepaskan jawatan tersebut dalam masa terdekat.

“Kerana saya bukan guru, bukan ibu dan bukan siapa-siapa untuk berurusan secara efektif dengan kerajaan pusat semasa. Sebelum ini saya berperanan sebagai pemudahcara antara pihak sekolah, ibu bapa dan kerajaan persekutuan.

“Semalam saya dijemput untuk memberi motivasi kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia sehingga menjadi isu kenapa seorang yang masih bergelar ‘cik’ tambahan pula ketua puteri parti pembangkang dibenar berucap di pentas sekolah.

“Saya bukan pergi ceramah politik, saya akan berdiri di mana saya diperlukan, jika tidak saya berundur. Saya akur dengan situasi sekarang, sekali (hujan) bah sekali pantai berubah. Insya-Allah, dalam masa terdekat,” jelasnya.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Malaysia, Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, pelantikan seseorang YDP PIBG sekolah bergantung pada budi bicara pihak pengurusan sekolah tersebut dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) walaupun pertubuhan itu mempunyai garis panduan.

Bagaimanapun katanya, keutamaan sepatutnya diberi kepada ibu bapa atau penjaga yang turut mempunyai anak yang bersekolah di situ.

“Tetapi kita beri kelonggaran kepada pihak sekolah dan PPD untuk melantik seseorang yang diyakin layak selepas mendapat persetujuan ahli-ahli.

“Jika pihak sekolah setuju dan ahli-ahli tidak membantah tak jadi masalah. Kalau sekarang pertikai, kenapa masa lantik dulu setuju?” katanya ketika dihubungi.

Loading...

Leave a Reply