Portal berita terbaik anda

Jenayah

Gadis basah dipancut air mani dari belakang

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki melakukan kelucahan melampau apabila memancutkan air maninya kepada seorang gadis di sini semalam.

Ketua polis daerah Petaling Jaya berkata suspek, 55 tahun, dari arah belakang melakukan perbuatan itu terhadap mangsa, 20 tahun, yang sedang berjalan di pasar malam Jalan SS2/63 bersama adiknya.

“Adik pengadu kemudian memberitahu ternampak seorang lelaki memancut air mani kepadanya dan terkena rambut dan baju mangsa,” kata ACP Mohd Zani Che Din seperti dilapor Harian Metro.

“Susulan kejadian itu, mangsa kemudian meminta pertolongan orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum berlaku pergelutan antara suspek dan orang awam”.

Beliau berkata suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan.

Loading...

Leave a Reply