Gadis ambil anak angkat, sanggup makan pil untuk menyusu

Kehadiran cahaya mata adalah sesuatu yang sangat dinantikan bagi pasangan suami isteri bagi melengkapkan kehidupan berumah tangga.

Namun, berbeza pula dengan wanita ini yang membuat keputusan untuk mengambil anak angkat meskipun belum berkahwin.

Menerusi perkongsian di TikTok, Aminahtul Mardiah berkongsi pengalamannya memelihara anak angkat yang diberi nama Eusoff yang kini berusia lapan tahun.

Menurut Aminahtul, keputusan memelihara Eusoff adalah satu keputusan yang bijak kerana mampu memberi kebahagian buat hidupnya.

“Ramai tanya ibu kenapa ambil awak? Belum kahwin tapi nak jaga baby. Belum kahwin tapi sanggup ambil pil, ambil suntikan untuk susukan awak.

“Ibu tak kisah apa orang nak cakap, sebab ibu tahu, awak cinta hati ibu,” luahnya.

Selain itu, kehadiran Eusoff telah menjadikan dirinya semakin bersemangat dan tenang meskipun sedang menghadapi pelbagai cabaran dunia.

Perkongsian Aminah itu telah dibanjiri komen-komen yang positif daripada netizen  yang memuji kekuatan dan kegigihannya menjaga anak angkat.

Rata-rata mereka turut menjadikan gadis tersebut insprisi dalam kehidupan untuk turut sama menjaga anak angkat pada masa hadapan.

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *