Gadis 16 tahun benarkan kekasih tinggal serumah kerana kasihan

0
755

RAHSIA seorang gadis bawah umur yang tinggal serumah bersama kekasihnya sejak dua minggu lalu terbongkar, selepas ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT) Terengganu di rumah sewanya di Kuala Ibai, di Kuala Terengganu, semalam.

Gadis berusia 16 tahun dan sudah tidak bersekolah serta pasangannya berusia 25 tahun itu ditahan dalam serbuan, kira-kira jam 1.45 tengah hari.

Sumber berkata, serbuan dilakukan selepas menerima aduan penduduk setempat yang curiga melihat pergerakan pasangan terbabit kerana rumah itu turut didiami beberapa wanita lain sebelum ini.

Katanya, ketika serbuan, hanya pasangan terbabit berada di dalam rumah dengan si gadis hanya memakai baju-T tanpa baju dalam dan berseluar pendek, manakala pasangannya hanya memakai ‘boxer’.

“Ketika soal siasat, pasangan terbabit mengaku tinggal bersama sejak dua minggu lalu dan mendakwa sudah beberapa kali terlanjur sepanjang perhubungan mereka.

“Pasangan itu turut memberi alasan hanya berehat di dalam bilik berkenaan kerana mereka bekerja sebagai pembantu kedai di restoran di bandar raya ini pada malam,” katanya.

Sumber berkata, gadis terbabit mengaku mereka sudah bercinta sejak empat bulan lalu dan membenarkan kekasihnya tinggal bersama kerana kononnya kasihan melihat lelaki terbabit yang terpaksa berulang alik dari Dungun ke Kuala Terengganu.

Katanya, pasangan terbabit turut mendakwa mempunyai perancangan untuk berkahwin dan dalam proses mengumpul wang.

Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

“Pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here