Portal berita terbaik anda

Viral

Rindu nak solat Jumaat, orang ramai rela sembahyang di luar pagar masjid

Sayu hati apabila melihat live solat Jumaat di Masjid Negara tengah hari tadi. Rupanya ramai yang rindu nak solat Jumaat dan dengar khutbah Jumaat.

Disebabkan yang hadir melebihi 30 orang, ramai yang ambil inisiatif sendiri untuk solat sahaja di luar pagar. Sedih tengok mereka tidak kisah solat berlapik simen yang panas. Tak kurang juga yang menjadikan surat khabar sebagai alas.

Mereka memang dah tekad dan rindu untuk berjemaah, apatah lagi untuk solat Jumaat. Amat tidak sangka perkara ini boleh terjadi di Malaysia.

Hanya Allah Maha Mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku. Moga mereka mendapat rahmat Allah. Dan semoga Allah memberi ganjaran berlipat kali ganda buat mereka semua.

Harap langkah pertama ini berjaya, dan ramai yang akan dapat menunaikan solat Jumaat dan berjemaah untuk hari-hari seterusnya. Moga rumah-rumah Allah dapat dimakmurkan kembali.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Kaya dan Maha Mengasihani. Angkatlah wabak ini secepatnya dan pulihkanlah bumi ini. Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah, dan pandanglah kami dengan rahmat dan kasih sayang-Mu.

Sumber: Yuhanis Azam

Hanya insan terpilih dibenar solat Jumaat

Selepas lebih dua bulan tiada solat Jumaat dan solat berjemaah akibat penularan wabak COVID-19, umat Islam hari ini dapat kembali menunaikan kewajipan di masjid dan surau.

Bagaimanapun, buat masa ini, hanya ‘insan terpilih’ yang dibenarkan mengimarahkan masjid dan surau di kawasan masing-masing.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyebut masjid dan surau terpilih dalam Zon Hijau COVID-19 di Wilayah Persekutuan dibenarkan mengadakan solat Jumaat dan solat berjemaah secara berperingkat mulai esok, dengan bilangan jemaah minimum tiga orang tidak termasuk imam dan tidak melebihi 30 orang.

Perlis sebelum ini juga membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di masjid seluruh negeri itu bermula hari ini yang hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid sementara Selangor dan Perak membenarkan bilangan jemaah tidak melebihi 12 orang termasuk imam dan khatib.

Kerajaan negeri Melaka pula mengambil keputusan membenarkan pelaksanaan solat Jumaat bermula 29 Mei dengan 40 jemaah dibenarkan.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei, Malaysia mencatatkan kes baharu COVID-19 di paras dua digit dengan kes terendah direkodkan pada Selasa lepas iaitu 16 kes.

Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia setakat ini ialah 6,819 kes dengan 112 kematian.

— BERNAMA

Loading...

Leave a Reply