Fenomena Si Nopal: Maksud sebenar di sebalik perkataan ‘Bahenol’

PASTINYA anda agak ‘familiar’ dengan kisah animasi pendek Indonesia Si Nopal yang menjadi siulan netizen berikutan lagunya yang agak catchy menyebabkan ia mudah dihafal oleh sesiapa sahaja.

Malah, lagu Si Nopal itu turut diparodikan oleh artis Malaysia seperti Wany Hasrita, Hael Husaini, Kamal Adli, Sissy Iman dan ramai lagi.

Bagi anda yang tidak mengetahui kewujudan lagu ini, sebenarnya lagu ini merupakan kisah Si Nopal dan adiknya Dede yang ingin pergi berkhemah bersama-sama.

Malah, baru-baru ini tular di Internet mengenai penyanyi asal lagu tersebut iaitu Nadiah yang hanya berusia 16 tahun.

Akan tetapi, adakah anda mengetahui maksud disebalik perkataan bahenol itu sendiri? Untuk pengetahuan anda, perkataan bahenol dalam kamus bahasa Indonesia bermaksud ‘montok atau mengghairahkan’.

Maksud perkataan bahenol itu sendiri kurang sopan di Indonesia dan adalah tidak wajar serta dianggap kurang ajar jika dikenakan pada orang tua. Kebiasaannya orang muda menggunakan perkataan tersebut merujuk kepada perempuan yang kelihatan seksi.

Pastinya anda terkejut dengan makna disebalik perkataan yang menjadi kegilaan netizen sekarang.

Namun, ada yang berkata bahenol sebenarnya adalah perkataan yang ‘biasa’ sahaja di Indonesia dan tidak membawa maksud yang kurang sopan jika digunakan.

Jadi selepas mengetahui maksud sebenar, adakah ada akan terus menyebut bahenol dalam kehidupan seharian?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here