Portal berita terbaik anda

Hiburan

Fazura hamil empat bulan, Fattah Amin bakal jadi bapa

Aktres Nur Fazura mengumumkan dia kini sedang hamil empat bulan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

“Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan.

“Insya-Allah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama.

 

View this post on Instagram

 

After two years of marriage, my husband @fattahaminz and I are delighted to share that we are expecting our first child. I am currently in my fourth month of pregnancy. We always believe in Allah’s perfect timing and we are overjoyed by the most beautiful gift Allah SWT has granted upon us. Nothing in the world matters more to us right now than our precious one. We would like to deeply thank everyone for your never ending prayers and well-wishes for us all this time. We are grateful for every single moment of this beautiful phase and we look forward to the blissful months to come. InsyaAllah. Once again, Alhamdulillah and thank you all from the bottom of our hearts. Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. 🙏🏻❤️✨👶🏼 @fattzuralovelife

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

“Kandungan saya kini dalam bulan keempat, Alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini.

“Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini.

“Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. Insya-Allah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua,” tulis Fazura sebagai kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikutnya di ruangan komen.

Rata-rata mereka tumpang gembira dan mengucapkan tahniah atas berita gembira itu.

Terdahulu, Fazura mendirikan rumah tangga dengan aktor Fattah Amin pada 27 November 2017.

Pasangan ini turut meraikan ulang tahun kedua perkahwinan mereka November tahun lalu.

Loading...

Leave a Reply