Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Farhatul Fairuzah juara tilawah antarabangsa pada usia 19 tahun

SEDAP mata memandang, sedap juga telinga mendengar.

Nama Nor Farhatul Fairuzah Panut menjadi sebutan selepas menjuarai Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa, pada Sabtu.

Berikut serba sedikit maklumat gadis berusia 19 tahun ini, dan semoga ia mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda lain untuk mencontohi kecintaan Farhatul terhadap al-Quran.

– Farhatul merupakan anak bongsu lima beradik kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin

– Kini belajar di tingkatan enam di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan

– Mula belajar tarannum sejak berusia lima tahun dan mula menyertai pertandingan tilawah pada usia tujuh tahun

– Pada pertandingan peringkat kebangsaan baru-baru ini, Farhatul diangkat sebagai johan manakala kakaknya, Nor Faizah, menjadi naib johan

– Menarik juga untuk diketahui, kesemua adik-beradik Farhatul aktif menyertai pertandingan tilawah

– Farhatul mengakui mengamalkan membaca Al Quran setiap kali selesai solat fardu, selain tidak mengambil minuman berais untuk menjaga suara

– Farhatul bercita-cita mahu bergelar pensyarah dan berhasrat membuka kelas pengajian tarannum satu hari nanti

 

View this post on Instagram

 

Dalam hati ade taman🌸🌷🎋😊 #WanitaMelayuTerakhir 😂😂

A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah) on

Leave a Reply

Theme by Anders Norén