Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Info

Fakta kehamilan: Dr Imelda dedah air ketuban rupanya air kencing janin!

Bagi wanita yang pertama kali hamil, sudah pasti ada banyak benda yang merisaukan diri masing-masing termasuklah perkara mitos dan cakap-cakap orang tua.

Mana tidaknya, kehadiran cahaya mata sulung bakal menjadi pelengkap rumah tangga bersama suami tercinta.

Pun begitu, bakal-bakal ibu mestilah pandai menapis maklumat tentang fakta kehamilan agar proses melahirkan anak nanti akan berjalan dengan lancar.

Ikuti perkongsian oleh Profesor Dr. Imelda Balchin di bawah:

Fungsi & peranan air ketuban

Menurut Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini, ada sebuah kantung yang akan terbentuk di dalam rahim ibu hamil.

Kantung tersebut mengandungi air ketuban yang berfungsi sebagai pelindung kepada janin. Ianya juga berperanan sebagai medium yang membolehkan si anak menggerakkan tubuh badan sekali gus membina otot sepanjang tempoh 9 bulan tersebut.

Air ketuban sebenarnya diperbuat daripada air kencing janin

Bagi yang tidak tahu, cecair yang turut dipanggil sebagai ‘amniotic fluid’ ini akan terhasil secara semulajadi menerusi air kencing yang dirembeskan menerusi buah pinggang janin dalam kandungan.

Jelas Dr. Imelda, air kencing ini bagaimanapun tidak sama dengan selepas kelahiran kerana ianya bersifat steril atau bebas daripada semua jenis bakteria.

Minum banyak air takkan tambah air ketuban

Ujar beliau selain menyediakan nutrien penting, plasenta (juga dikenali sebagai uri) akan menyerap oksigen kepada janin bagi memproses air kencing tersebut.

Oleh itu walaupun seseorang ibu minum terlalu banyak air, ianya tidak akan menambahkan jumlah air ketuban tersebut.

Bagaimanapun, cecair tersebut boleh kurang atau lebih bergantung pada kadar oksigen yang diterima oleh janin.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén